SEJARAH
Kampung Pahlawan mula di buka pada zaman pemberontakan melawan British pada tahun 1962. Pada ketika itu, kesemua pemberontak Limbang yang melawan British telah di tangkap dan di tempat kan di sebuah kampung yang terpencil di hujung jalan Limbang.
Namun begitu, apabila Mantan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Haji Abdul Rahman Yakuf mula memerintah kerajaan Sarawak, beliau telah memberikan nama kampung terpencil ini sebagai Kampung Pahlawan. Di mana ke semua pahlawan – pahlawan Limbang yang telah di tangkap telah di tempatkan di kawasan ini.
Pada tahun 1965, Kampung Pahlawan mula di datangi ahli – ahli keluarga pahlawan – pahlawan yang telah di tangkap pihak British. Dan sejak itu mereka mula mendiami dan memulakakan penempatan di kawasan kampung ini sehingga lah ke generasi yang ada pada hari ini.
Kini sudah lebih daripada 200 keluarga dengan bilangan purata isi rumah sebanyak 5 orang yang sudah mendiami Kampung Pahlawan. Dan keseluruhan penduduk pada masa ini adalah seramai 1,743 orang penduduk.