- Tarikh: 16 March 2025
- Tempat: NADI Kampung Pahlawan
- Peserta: Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
OBJEKTIF
- Meningkatkan kemahiran teknologi di kalangan kanak-kanak dengan membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran asas dalam teknologi, termasuk pengaturcaraan, reka bentuk grafik, robotik, dan penggunaan perisian komputer yang relevan untuk menyediakan mereka dengan pengetahuan teknologi yang penting pada usia muda.
- Memberikan bimbingan dan sokongan kepada kanak-kanak dalam pembelajaran teknologi: Menyediakan peluang untuk kanak-kanak mendapat bimbingan secara langsung dari mentor yang berpengalaman dalam bidang teknologi, supaya mereka dapat berkembang dengan lebih baik dalam mempelajari kemahiran baharu.
- Bertujuan untuk memperkenalkan konsep keusahawanan digital kepada kanak-kanak seperti mengajar kanak-kanak tentang dunia keusahawanan digital dan cara mereka boleh menerapkan kreativiti serta pengetahuan teknologi untuk menghasilkan projek atau produk digital mereka sendiri, seperti aplikasi, permainan video, atau laman web.