NADI Kg Pahlawan merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar
Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 36 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
SEJARAH NADI KAMPUNG PAHLAWAN
Di Limbang, terdapat EMPAT buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) iaitu di Kampung Pahlawan, Kampung Maritam (dahulunya di Kampung Batu Danau) , Kampung Patiambun dan di Kampung baru Medamit.
NADI Kampung Pahlawan merupakan pusat yang ketiga seumpamanya dibuka di bahagian Limbang selepas di Kampung Batu Danau dan Nanga Medamit. NADI ini dikendalikan oleh MSD Intelligence Sdn Bhd yang merupakan anak Syarikat kepada MSD Group dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Syarikat Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
