Bahagian Limbang terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram ( Bahagian Miri) di Selatan,di tengah-tengahnya Daerah Temburong (Negara Brunei) yang membuatkan Bahagian Limbang berada di tengah-tengah Negara Brunei Darussalam. Limbang adalah bahagian yang ke 5 diantara ke 11 Bahagian di Negeri Sarawak. Bahagian Limbang merangkumi dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan Daerah Lawas serta tiga buah daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan dengan keluasan kawasan seluas 7,790 km/segi. Bahagian Limbang mempunyai Penduduk berjumlah 88,400 orang yang terdiri daripada etnik Melayu, Kedayan, Cina, Iban, Bisaya, Lun Bawang, dan beberapa etnik lain. Pekerjaan utama penduduk, seperti Bidang Pertanian, Penternakan,Perikanan dan Perniagaan.
Kampung Pahlawan terletak di Pandaruan Land District. Jarak di antara Bandar Limbang dan Kampung Pahlawan ini adalah lebih kurang 13 kilometer. Kampung Pahlawan mempunyai keluasan sekitar 1944.75 kilometer persegi. Penduduk di Kampung Pahlawan terdiri daripada 96% Kedayan, 2.5% Melayu, 1% Murud dan 0.5% Cina. Populasi penduduk Kampung Pahlawan adalah seramai 1,743 orang.
Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pahlawan mula di tubuhkan pada pertengahan tahun 2013. PI1M ini berada 13km daripada bandar Limbang dan terletak di Lot Tanah JKKK Kg Pahlawan, Jalan Pandaruan, 98700 Limbang, Sarawak. Seiring dengan kemajuan ICT dan bagi merapatkan jurang digital diantara komuniti luar bandar dan bandar, dengan adanya Pi1M Kg Pahlawan, segala kemudahan dan perkhidmatan berteraskan ICT boleh digunakan oleh komuniti luar bandar seperti penggunaan internet, cetakan, fotostat dan sebagainya. PI1M Kg Pahlawan juga menyediakan latihan dan program yang berteraskan ICT bagi membantu komuniti luar bandar agar menjadi insan yang celik IT. Pendidikan ICT ini didedahkan kepada setiap lapisan golongan komuniti seawal pra-sekolah sehingga warga emas.