mcmc
Maklumat Setempat

Kemudahan Asas

 

KEMUDAHAN AWAM

 

Balai raya

 

Balairaya merupakan tempat penduduk berhimpun untuk membuat perjumpaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat seperti mesyuarat JKKK, RELA, belia dan wanita. Selain itu juga, balai raya Kampung Pahlawan sebagai tempat sokongan sosial seperti tempat mengadakan majlis jamuan makan, bengkel atau pun seminar untuk penduduk setempat.

 

 

 

Masjid

 

Masjid terletak di kawasan Zon Masjid Kampung Pahlawan. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di Kampung Pahlawan. Fungsi Masjid adalah sebagai tempat untuk penduduk solat berjemaah. Solat Jumaat juga diadakan di Masjid ini. Selain itu juga, Masjid berfungsi sebagai tempat untuk mengadakan majlis-majlis ilmu antaranya seminar dan bengkel pendidikan agama. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menggalakkan perkembangan pendidikan agama di kalangan kanak-kanak, remaja dan para belia.

 

Senarai Nama Imam dan Bilal Masjid Kampung Pahlawan

 

Bil

Nama

Jawatan

1.

Haji Umar bin Haji Jumat

Imam

2.

Mohd Ali bin Kamis

Imam 2

3.

Kassim bin Sanun

Bilal

 

 

 

Surau

 

Kampung Pahlawan mempunyai sebuah surau yang terletak di Zon Temiang Kampung Pahlawan. Fungsi surau ini lebih kurang sama dengan fungsi masjid di mana ianya tempat untuk mengumpulkan penduduk kawasan Zon Temiang bagi aktiviti-aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu.

 

 

 

Kemudahan bersukan

 

Kampung Pahlawan juga menyediakan kemudahan sukan dalam kampung dengan tujuan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat bersukan. Bidang sukan memainkan peranan yang penting untuk komuniti. Bukan sahaja sukan banyak mendatangkan faedah, aktiviti ini dapat juga mengelakkan seseorang terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat.

 

  • Gelanggang Futsal

 

  • Padang Bola

 

  • Gelanggang Badminton/Takraw

 

Perpustakaan Desa

 

Matlamat utama penubuhan perpustakaan desa ini ialah untuk menggiatkan galakan membaca supaya dijadikan amalan dan budaya mengisi masa lapang disamping menghindari gejala-gejala yang tidak sihat. Selain itu juga, Perpustakaan Desa Kampung Pahlawan menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kemudahan penduduk kampung.

 

Beroperasi:

 

Isnin – Jumaat